biarkan diri biar pergi
bila masuk malam je, beginilah sunyinya. kadang-kadang boleh kedengaran bunyi kapalterbang lalu. lagilah amat kedengaran kalau kesunyian itu memang sudah menyelubung diri, bersekali pula dengan fikiran yang memang tengah fikirkan pasal 'sunyi'.takde lah terfikir sunyi bagai kosong. cuma memang fikirkan pasal sunyi je. bunyi kipas pusing. bunyi kipas komputer. detik jarum dijam. kadang-kadang bunyi televisyen di bawah. tapi sekarang memang tengah malas untuk dengar musik, alasannya mungkin sebab takde music yang dapat menyelinap masuk dengan perasaan.
baru je tadi berbual dengan rakan, ada terbuka topik di mana kadangkala kita boleh berasa perasaan yang kita anggap seseorang tu tak berterima kasih. jika nak fikirkan lebih mendalam, rasanya antara kita semua... pastinya ada berlaku satu reaksi yang tidak sengaja tapi mencetuskan anggapan sedemikian. tak dapat nak elak, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk mempelajari. saya sendiri pon, masih terpinga, buntu dengan yang ini ' nila setitik, habes susu sebelanga '. ouh, bende ini memang rasanya paling banyaklah dalam buku rekod saya. jika saya mula nak duduk berkira dengan segala apa yang saya fitrahkan untuk orang lain... memang penutupkatanya akan mencatat ' dipergunakan ', tapi waktu-waktu indah, selalu saja mengendahkan. hmph, walaubagaimanapon, bila ada satu saje kesilapan....habes tumpahkan saja. tapi jika untuk saya duduk mengira berapa banyakkah saya buat aksi tidak berterima kasih kepada orang lain, sememangnya bukan boleh dikira dengan jari sendiri...tetapi sedaya upaya saya tak mahu membibitkan lagi perasaan ' dipergunakan ' terbibit pada perasaan orang lain. sesungguhnya, saya tidak akan memberikan diri saya untuk dipergunakan atau menggunakan. saya akan sentiasa membuat apa yg perlu untuk tidak membiarkan kerana satu, yang lain-lainnya hancur.
dan kerana itu, saya membiarkan diri untuk biarkan pergi.
No comments:
Post a Comment